Bidang pendidikan mencatat lagi sejarah.
Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) yang diumumkan oleh
Perdana Menteri pada pertengahan September lalu telah membuka lembaran baru
buat sistem pendidikan dalam negara. Transformasi pendidikan ini melibatkan
tiga gelombang atau fasa yang mengambil masa tiga belas tahun bermula tahun
2013-2025. Proses transformasi yang terancang ini memberi satu lagi cabaran
kontemporari buat dunia profesion perguruan dan Kementerian Pelajaran Malaysia
(KPM) bagi menghadapi cabaran abad ke-21.
Berdasarkan perancangan yang digariskan itu
maka besarlah harapan untuk meningkatkan sistem pendidikan negara kita
setanding negara-negara maju. Apatah lagi di dalam bajet 2013 baru-baru ini turut
memperuntukkan sebanyak 15 peratus daripada peruntukan bajet keseluruhan atau
sebanyak 38.7 bilion kepada Kementerian Pelajaran Malaysia dalam memastikan
pengurusan sektor pendidikan negara membangun secara holistik terutama aspek
memperkasakan kualiti guru. Ini memandangkan 60 peratus guru yang ada sekarang
dijangka kekal dalam perkhidmatan selama hampir 20 tahun lagi. Maka usaha
meningkatkan kemahiran dan kemampuan mereka adalah amat penting dan perlu
dititikberatkan.
Keseriusan dalam membangunkan aspek
pendidikan negara ini mencerminkan bahawa betapa aspek profesion perguruan
dalam sistem pendidikan negara bertindak sebagai nadi utama dalam pembangunan
terutama dalam memastikan mencapai status negara maju dan berpendapatan tinggi
menjelang tahun 2020. Kita tidak mahu apa yang dirancang dalam tempoh masa tiga
belas tahun ini hanya cantik di atas kertas sahaja tetapi apa yang kita mahukan
adalah komitmen daripada semua pihak dalam memajukan transformasi sektor
pendidikan ini berjalan dengan lancar.
Dalam memenuhi aspirasi tinggi negara ini,
kita tidak boleh berdiam diri dalam persekitaran global yang semakin
kompetitif. Perubahan yang berlaku bukan sekadar menambah kakitangan guru dan
menambahbaik kemudahan yang sedia ada tetapi perlu memahami dinamik proses
pengajaran dan pembelajaran (P&P). Di sinilah peranan guru yang paling
utama dalam memberikan input kepada pelajarnya.
Gelombang pertama (2013-2015) yang melihat
kepada pemerkasaan guru ini amatlah signifikan. Islam turut memandang tinggi
profesion perguruan sebagai pendidik dalam pembangunan ilmu, kemahiran dan
sahsiah pelajar.
Untuk mengetahui sejauhmana pentingnya
profesion perguruan dalam Islam, Al-Quran dan hadis ada menjelaskan antaranya,
Allah s.w.t berfirman: "Serulah (manusia) ke jalan Tuhanmu dengan hikmah
kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik". (Surah an-Nahl: 125).
Dan
Rasulullah s.a.w bersabda: "Bahawasanya jika kamu mengajar seseorang, lalu
dia mendapat kebajikan yang lebih berharga daripada dunia dan segala
isinya". Jika diteliti maksud ayat al-Quran dan Hadis Rasulullah s.a.w
yang diutarakan ini, jelas menunjukkan akan keutamaan-keutamaan mengajar
khususnya dalam profesion perguruan.
Seorang pendidik mestilah menyedari akan
hakikat bahawa pengajaran itu merupakan tanggungjawab dan amanah yang mesti
dilaksanakan. Ini kerana kecemerlangan pendidikan banyak bergantung kepada
kualiti dan kepakaran guru. Oleh itu, guru berkualiti merupakan faktor penentu
kepada peningkatan prestasi sekolah dan pencapaian murid. Justeru, peluang
untuk para guru menjalani latihan kemahiran berterusan serta laluan kerjaya
yang lebih luas perlu diberikan perhatian selain dapat meningkatkan lagi mutu
P&P dalam perkhidmatan seorang guru. Apabila prestasi guru meningkat secara
tidak langsung ia akan memberi kesan positif kepada prestasi pelajarnya.
Hal ini diperkukuhkan lagi berdasarkan
kajian yang dijalankan di Tennessee, Amerika Syarikat pada pertengahan tahun
1990-an yang menunjukkan relatif guru berpendidikan tinggi dapat meningkatkan
pencapaian murid sebanyak 50 peratus dalam tempoh tiga tahun berbanding guru
berprestasi rendah.
Di samping itu, peranan guru dalam proses
penggerak P&P yang berkualiti dan efektif turut sama meningkatkan
pembangunan pendidikan sekolah. Keadaan ini secara berterusan dapat dapat
merangsangkan pelajar untuk belajar dengan lebih seronok sesuai dengan alam
pendidikan di peringkat rendah sehingga peringkat atas. Sebaliknya, pengajaran
tidak akan menjadi menarik minat pelajar apabila guru lebih bergantung kepada
kaedah syarahan berbentuk pasif dalam menyampaikan kandungan mata pelajaran
mereka.
Oleh itu, aspek kreativiti serta inovasi
P&P daripada seorang guru perlu diterokai bagi melihat apa yang ingin
mereka sampaikan menarik minat pelajarnya. Segala bentuk proses pembelajaran
berbentuk formal dan tidak formal bergantung kepada kreativiti dan peranan
utama terletak pada tanggungjawab guru. Inilah transformasi negara yang kita
kehendaki yang dapat dimanfaatkan dalam sistem pendidikan negara.
Dalam memperkukuhkan aspek kemahiran guru
ini adalah digalakkan agar para guru terus memperkukuhkan latihan dalam
perkhidmatan. Sebagai contoh, guru-guru yang telah lama berkhidmat hendaklah
terus diberi pendedahan khusus tentang sahsiah guru sebagai murabbi, dengan
pendekatan dan kaedah pengajaran terkini.
Sebagai murabbi, guru bukan sahaja bertindak
untuk mengajar beberapa subjek mengikut sukatan pelajaran tertentu tetapi
mereka turut berperanan untuk sama-sama mendidik, memelihara, mengasuh,
mentarbiyyah anak didik mereka menjadi manusia yang berilmu, bertakwa dan
beramal soleh serta mengajak ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran atau
melaksanakan konsep amar ma'ruf dan nahi munkar yang dapat melahirkan pelajar
yang memiliki keperibadian yang luhur.
Dalam merencanakan profesion guru cemerlang
ini juga dalam abad ke-21 penyediaan geran penyelidikan juga adalah penting
untuk membantu menaiktarafkan profesionalisme guru dalam kemajuan kerjaya
mereka. Kemudahan geran penyelidikan misalnya turut memberi laluan kepada para
guru untuk meningkatkan pendidikan ke peringkat yang lebih tinggi adalah
terbuka luas.
Di samping dapat melahirkan sebilangan besar
guru yang lebih berkemahiran berfikir aras tinggi seterusnya dapat membantu
melahirkan masyarakat yang juga dapat berfikir (thinking society) secara
kritis, kreatif dan inovatif. Proses melahirkan modal insan yang berinovatif
dan berkemahiran tinggi ini merupakan sebahagian pelaburan besar pendidikan
untuk menjamin kemajuan ekonomi dan kesejahteraan negara.
Bagi mencapai matlamat dan usaha murni ini,
marilah kita semua bersatu dan mengambil tanggungjawab sebagai guru bagi
menyokong setiap aktiviti dan program pendidikan terutama kepada maklum balas
di dalam laporan awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia yang akan
dimuktamadkan Disember depan. Ingatlah apabila negara mempunyai masyarakat yang
berpendidikan tinggi maka kemajuan ekonomi juga akan meningkat. Jika ini
tercapai maka kita akan melihat Malaysia duduk sama rendah dan berdiri sama
tinggi dengan negara maju menjelang tahun 2020.
Sekian. Wassalam
Anekdot 1: the desk is a dangerous place to view the
world” dalam management of walking about”( Sir Geoff Hampton )
Anekdot 2: seorang yang pesimis bercerita tentang angin
yang bertiup kencang...
seorang optimis
berharap angin akan mengubah laluan atau reda...
seorang kreatif
memasangkan layar bahtera menuju destinasi... (John Maxwell )
Anekdot 3: “seorang pengurus dan pasukan mendaki gunung,
pengurus melemparkan tali kepada pengikutnya apabila beliau sampai dipuncak,
namun adalah lebih baik seorang pengurus berbincang dengan pasukannya bagaimana
untuk mendaki dan menamatkan pendakian bersama-sama..( Sonia Blanchard)
Anekdot 4 : Transformational leaderships berjaya membentuk karismatik / idealized, inspirasi motivasi, pertimbangan individu dan stimulasi intelek dalam kepimpinannya - leaders and subordinat ...( Bass, Max Weber and House )
Anekdot 5: Robert Townsend: "seorang pengurus yang baik tidak cuba untuk menghapuskan perselisihan, dia cuba untuk menjaga daripada membazirkan tenaga kaumnya."
Anekdot 6 : A learning organisatioan is one in which people at all levels, individually and collectively, are continually increasing their capacity to produce results they care about” (Richard Karash)
Anekdot
7: Leadership is the ability to inspire confidence and support among
people
who are needed to achieve organizational
goals. ( W. Chan Kim & Renee A. Maubourgne, 1992)
Kotter (1991)
proposes an eight process for initiating a change that comes from the top of
the hierarchy. As an educational leader
can follow the steps by providing relevant examples : establish a sense of
urgency, creating a guiding coalition, developing a vision and strategy, communicating
the change action, empowering broad-based action, generatingshort-term wins, consolidating
gains and producing more change and anchoring
new approaches in the culture.
The Path-Goal Theory of
leadership effectiveness states that a leader needs to be skilful in the
following four patterns of
behaviours: directive, supportive, participative, and achievementoriented
(House & Mtichell, 1974).
Moolenaar et al., (2010) transformational
leadership is positively associated with schools’ innovative climate and it
motivates followers to do more than they are expected in terms of extra effort
and greater productivity.
No comments:
Post a Comment